Friday, 13 April 2012

pengenalan sains


NOTA 
Memperkenalkan Sains 
A.            Pengertian Sains dan Teknologi
1.
Sains adalah satu susunan ilmu pengetahuan hasil daripada kajian ke atas alam sekitar.
2.
Teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains untuk keperluan kehidupan harian manusia.
3.
Sumbangan sains dan teknologi kepada manusia termasuklah:

a.
penyediaan suasana hidup yang lebih selamat

b.
komunikasi dari satu tempat ke satu tempat lain

c.
penghasilan baka-baka yang lebih baik

d.
rawatan dan pencegahan penyakit-penyakit

e.
rekaan benda baru untuk kehidupan yang lebih selesa dan sempurna
B.            Peraturan Makmal
1.
Langkah-langkah Keselamatan dalam makmal:

 ·
Bahan yang mudah meruap dan beracun bagi menjalankan eksperimen hendaklah dibuat di dalam bilik kebuk wasap.

 ·
Jangan gunakan bahan kimia secara berlebihan mungkin bahan itu adalah sangat reaktif.

 ·
Pastikan bahan kimia yang betul digunakan semasa menjalankan eksperimen.

 ·
Jangan menyalakan penunu Bunsen dengan menggunakan kertas.

 ·
Mancis dan bahan-bahan lain yang masih menyala hendaklah dipadamkan.

 ·
Semasa memanaskan tabung uji jangan halakan padfa rakan anda.

 ·
Jangan memanaskan bahan yang mudah menyala dengan api secara langsung.

 ·
Gunakan penyepit untuk memegang tabung uji semasa memanaskannya.

 ·
Jangan menyejukkan radas kaca secara segera dengan memasukkan ke dalam air kerana boleh menyebabkan radas pecah.

 ·
Padamkan api penunu Bunsen jika tidak diperlukan.

 ·
Pastikan air dan gas ditutup sebelum meninggalkan makmal.
2.
Tindakan semasa kemalangan:

 ·
Jika asid atau alkali terkena  mata, pakaian atau kulit, basuhlah dengan air yang banyak.

 ·
Jika terminum asid atau alkali, basuh mulut dengan air yang banyak.

 ·
Jika terlecur terkena panas, basuh dengan air yang banyak sehingga tidak berasa sakit dan biarkan terdedah kepada udara.

 ·
Jika luka, bersihkan dengan larutan antiseptik dan gunakan pembalut luka.

  ·
Sekirannya terhidu gas beracun, keluar dari makmal dengan segera untuk menyedut udara yang bersih.

 ·
Apabila terkena kejutan elektrik, matikan arus elektrik atau asingkan pelajar dengan bahan penebat elektrik.

 ·
Apabila berlaku kebakaran kecil, padamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang sesuai.

C.            Kebakaran dan Cara Memadamnya

Punca Kebakaran
Jenis Pemadam api yang sesuai
Kayu, getah plastik, kertas
Pasir, air, pemadam api karbon dioksida, pemadam api serbuk kering, pemadam api buih, pemadam api soda asid
Minyak , alkohol, petrol, spirit
Pasir, karbon dioksida, pemadam api serbuk kering, pemadam api BCF
Peralatan elektrik
Pemadam api serbuk kering, pemadam api BCF, pemadam api karbon dioksida.

No comments:

Post a Comment