Friday, 13 April 2012




Gratisan Musik

Lembaran kerja-Bahagian tubuh haiwan

Nyatakan bahagian tubuh haiwan yang betul:

( sesungut , tanduk , kaki , mulut , ekor , sisik , misai , sirip , paruh )

( cengkerang , tanduk , kaki , sayap , ekor , mata , sesungut , bulu , sisik )

( sesungut , paruh , kaki , tanduk , cengkerang , sayap , telinga , bulu , hidung )

( sesungut , sirip , kaki , cengkerang , ekor , sisik , telinga , bulu , hidung )

Ulang Kaji Mengikut Topik :  Memperkenalkan Sains (Tingkatan 1) 

LATIHAN  
Latih Tubi (KBKK)
1.
Daripada maklumat yang diberi di atas, berapakah isi padu satu klip kertas?

A
0.01 m                                               

B
0.10 ml                                              

C
0.05 ml

D
0.50 ml
2.
Rajah 1 menunjukkan sehelai kertas yang tak sekata. Berapakah luas kertas ini?

A
9

B
10

C
11

D
12
3.
Antara berikut, alat yang manakah paling sesuai untuk menyukat diameter luar sebuah tabung uji?

A
Pembaris

B
Benang dan pembaris                       

C
Angkup luar dan pembaris

D
Angkup dalam dan pembaris
4.
Yang manakah antara pasangan berikut salah dipadankan?


Alat
Fungsi

A
Silinder bersenggat
Menyukat isi padu gas

B
Neraca spring
Menyukat jisim

C
Angkup luar
Menyukat diameter luar

D
Jam randik
Menyukat masa
5.
Rajah 2 menunjukkan sebuah bola pingpong yang sedang diukur. Berapakah jejari bola pingpong itu?

A
0.80 cm                                                   

B
0.40 cm                                                    

C
4.40 cm

D
4.80 cm
6.
Antara pasangan punca kebakaran dan jenis alat pemadam api berikut yang manakah benar?


Punca kebakaran
Jenis pemadam api yang sesuai

A
Kerosin
Air

B
Bahan kain
Serbuk kering

C
Kebakaran gas
Pasir

D
Kerosakan elektrik
Buih
7.
Rajah 3 menunjukkan satu eksperimen bagi menentukan isi padu gabus. Berapakah isi padu gabus?

A
3 ml    

B
4 ml    

C
6 ml

D
9 ml
8.
Maklumat di atas menunjukkan langkah-langkah menyalakan penunu Bunsen. Antara urutan berikut, yang manakah betul?

A
L, N, K, M                                              

B
L, N, M, K                                               

C
N, M, K, L

D
K, L, N, M
9.
Maklumat di atas adalah langkah-langkah yang patut dilakukan sebelum memeriksa sel kulit bawang di bawah mikroskop. Antara berikut, urutan manakah yang betul?

A
Z, Y, W, X                                               

B
Z, Y, X, W                                              

C
Z, W, X, Y

D
Z, X, Y, W  
10.
Semasa anda mengendalikan bahan kimia, yang manakah yang tidak sepatutnya anda lakukan?

A
Baca label pada botol reagen.

B
Pegang botol reagen pada bahagian yang berlabel.

C
Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal.

D
Masukkan semula baki bahan kimia yang tidak habis digunakan. 
11.
Maklumat di atas menunjukkan langkah-langkah kemahiran proses sains. Antara urutan berikut, yang manakah betul?

A
T, Q, R, S, P                                             

B
T, R. Q, S, P                                              

C
T, R, S, P, Q

D
Q, T, S, R, P
12.
Antara berikut, yang manakah tidak boleh dilakukan semasa anda menjalankan proses penurasan?

A
Membasahkan corong turas dengan air sebelum meletakkan kertas turas

B
Mengacau corong turas dengan rod kaca selama proses penurasan dijalankan

C
Menggunakan rod kaca untuk mengarahkan larutan masuk ke dalam corong turas

D
Memastikan larutan yang hendak dituras tidak melebihi bahagian atas kertas turas
13.
Maklumat di atas ialah langkah-langkah menuang larutan bahan kimia ke dalam tabung uji.  Antara berikut, urutan manakah yang betul?

A
K, M, L, N                                          

B
K, M, N, L                                          

C
M, L, K, N

D
L, K, M, N
14.
Organ-organ berikut digunakan untuk membuat pemerhatian ke atas sesuatu objek kecuali

A
mata.

B
kuku.

C
telinga.

D
hujung jari.
15.
Apakah tindakan yang perlu diambil apabila seseorang itu terhidu gas beracun dalam makmal?

A
Basuh bahagian lubang hidung dengan air yang banyak.

B
Keluar dari makmal dan hembus keluar semua gas beracun dengan segera.

C
Keluar dari makmal dengan segera untuk menyedut udara nyaman.

D
Lakukan pernafasan mulut ke mulut untuk meneutralkan gas yang beracun.
16.
Jika seseorang telah melecur pada tangannya, apakah tindakan yang mula-mula diambil?

A
Sapukan tangannya dengan losyen antiseptik.

B
Sejukkan bahagian yang melecur beberapa minit di bawah aliran paip.

C
Balutkan bahagian yang melecur secepat mungkin dengan kain.

D
Beri pelajar dengan minuman air panas dengan segera untuk mententeramkannya.
17.
Antara fungsi bahagian-bahagian mikroskop berikut, yang manakah tidakbenar?


Bahagian mikroskop
Fungsi

A
Pelaras
Memfokuskan objek

B
Pentas
Tempat meletakkan sisip kaca

C
Diafragma
Mengawal cahaya yang masuk

D
Cermin
Membiaskan cahaya ke arah kanta
18.
Dalan satu eksperimen, Ahmad hendak memindahkan setitik asid sulfurik pekat ke dalam bekas lain.Apakah alat yang sesuai digunakan?

A
Pipet

B
Buret

C
Salur kaca

D
Rod kaca
19.
Seorang angkasawan menimbang dirinya di bulan dan mendapati beratnya ialah 10 N. Berapakah beratnya semasa di Bumi sekiranya tarikan graviti Bumi ialah 6 kali ganda tarikan graviti bulan?

A
10 N

B
30 N

C
60 N

D
120 N
20.
Apakah yang dimaksudkan takat tetap sesuatu termometer?

A
Takat didih air pada suhu bilik

B
Takat didih cecair yang digunakan dalam termometer

C
Suhu ais lebur pada tekanan atmosfera yang normal

D
Suhu air tulen mendidih di bawah tekanan atmosfera yang normal
21.
Antara alat pemadam api berikut yang manakah tidak boleh digunakan untuk memadamkan kebakaran yang disebabkan oleh petrol?

A
Air

B
Pemadan api BCF

C
Pemadam api serbuk kering

D
Pemadam api karbon dioksida
22.
Antara penyataan berikut yang manakah tidak benar tentang nyalaan tidak berkilau?

A
Nyalaan sangat panas

B
Bentuk nyalaan tetap

C
Nyalaan berwarna kebiruan

D
Nyalaan menghasilkan banyak jelaga
23.
Antara berikut, yang manakah bukan merupakan ciri termometer klinik?

A
Digunakan untuk menyukat suhu badan manusia

B
Berskala antara 35 oC hingga 50 C

C
Mempunyai rat untuk menghalang pengaliran semula merkuri ke bebuli

D
Perlu dijentik supaya merkuri mengalir balik ke bebuli sebelum digunakan
24.
Maklumat di atas menunjukkan langkah-langkah proses penurasan. Antara urutan berikut, yang manakah betul?

A
P, Q, R, S, T                                            

B
P, R, Q, S, T                                            

C
P, S, R, T, Q

D
P, T, Q, R, S
25.
Bahan kimia seperti natrium dan kalium disimpan di dalam minyak. Mengapakah langkah ini mesti dipatuhi?

A
Krana bahan ini merangsang

B
Krana bahan ini menghakis dengan kuat

C
Krana bahan ini mudah terbakar

D
Krana bahan ini mudah meletup

Ringkasan Arahan
A
I, II, III
B
I, II sahaja
C
II, III sahaja

D
I sahaja


26.
Antara berikut, teknik manakah yang betul semasa menyukat air panas dengan menggunakan termometer makmal?

I
Memegang pada bahagian bebuli

II
Memerhati meniskus merkuri untuk mendapatkan bacaan suhu

III
Mengambl bacaan apabila merkuri berhanti daripada bergerak
27.
Jika anda hendak menentukan isi padu sesuatu cecair di dalam silinder penyukat, apakah yang anda lakukan untuk mendapatkan bacaan yang tepat?

I
Meletakkan silinder penyukat di atas permukaan yang mendatar

II
Meletakkan sehelai kertas putih di belakang silinder penyukat

III
Melaraskan aras mata dengan meniskus cecair dalam silinder penyukat
28.
Rajah 4 menunjukkan dua bongkah kayu X dan Y yang sama saiz dan berat dimasukkan ke dalam cecair P dan Q dengan kedudukan bongkah seperti ditunjukkan. Antara penyataan berikut yang manakah benar?

I
Bongkah X kurang tumpat daripada cecair P.

II
Bongkah Y kurang tumpat daripada cecair Q.

III
Cecair P lebih tumpat daripada cecair Q.
29.
Antara berikut, yang manakah benar tentang berat?

I
Berat disukat dengan menggunakan neraca Newton

II
Sukatan unit berat ialah Newton

III
Berat adalah kuantiti jirim yang terkandung di dalam sesuatu jasad
30.
Antara berikut, yang manakah benar tentang ciri-ciri penunu Bunsen dengan nyalaan tak berkilau?

I
Berwarna kuning

II
Bentuk nyalaan tidak tetap

III
Menghasilkan jelaga yang banyak
31.
Pilih penyataan yang benar tentang sains dan teknologi.

I
Sains adalah pengumpulan ilmu pengetahuan daripada kajian alam sekeliling kita.

II
Bidang sains dan teknologi banyak membawa kebaikan daripada keburukan kepada manusia.

III
Manusia menggunakan teknologi untuk membantu kehidupan sehariannya.
32.
Antara berikut, yang manakah bukan kemahiran proses sains?

I
Membuat pemerhatian secara objektif

II
Membuat inferens yang tidak berdasarkan data eksperimen

III
Menginterpretasi data berdasarkan anggapan kita
33.
Antara radas berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat isi padu cecair?
34.
Merkuri digunakan dalam membuat termometer kerana bahan ini

I
mengembang  dan mengecut dengan sekata.

II
adalah mudah dilihat dengan mata.

III
adalah konduktor haba yang baik.
35.
Dalam eksperimen bandul ringkas, apakah yang tidak mempengaruhi masa ayunan bandul?

I
Berat pemberat

II
Panjang bandul

III
Graviti Bumi
36.
Isi padu objek yang tidak sekata  boleh diukur dengan menggunakan

I
tin Eureka.

II
silinder penyukat dan benang.

III
rumus matematik.
37.
Rajah 5 menunjukkan paras merkuri dalam salur kaca termometer. Antara berikut, yang manakah benar?

I
Semasa bacaan di ambil hendaklah mengikut kedudukan mata pada P.

II
Bacaan termometer yang terbaik ialah 70.5 oC

III
Bacaan termometer boleh diambil samada 70.4 oC atau 70.5 oC
38.
Di manakah kita boleh melakukan eksperimen yang menghasilkan gas beracun?

I
Di dalam ruang kebuk wasap

II
Di dalam stor yang tiada orang

III
Di dalam bilik persediaan makmal
39.
Antara berikut, yang manakah tidak boleh dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya?

I
Virus

II
Bakteria

III
Mukor
40.
Antara berikut, yang manakah benar tentang jisim dan berat?

I
Berat disukat dengan menggunakan meraca spring.

II
Jisim disukat dengan menggunakan neraca tuas.

III
Berat boleh berubah manakala jisim tidak boleh berubah mengikut tempat.